Rabu, 28 Mei 2014

JUS MELON MANGGO


Salam JUMAAT..
Lip lap lip lap..
tung tang tung tang kat dapur..
tertengok lah buah mas melon tgl separuh..
apa xnya buah tu xbiasa makan...
kalo patern buah tembikai tu kami sekeluarga makan jugak..
tapi kalau mas melon memang jarang makan...

credit to google : ni lah buat mas melon tu..
kebetulan pulak ad buah mangga yang kakak ku berikan..
so ape lagi terfikir lah nak cipta resepi..
kebetulan sebelum balik kerja khamis baru ni, tengok prof masa belajar dlu blend
buah mangga harum manis jadikan jus katanya..
nampak best je..so terfikir nak buat jugak..tapi patern cik Qalisya..

Nah, Ni la RESEPInya...
 1/4 buah mas melon
2 biji mangga lemak-masak erk..jangan plak warna hijau..
3 sb susu pekat
2 sb susu cair
ais
air 

Cara membuat pulak :
Masuk dalam blender n blend aje..
yummy..cuba lah...jangan lupa letakkan ais..memang sedap..
silalah cuba untuk tau kesedapannya..
nyam3..


yummy...
selamat mencuba..
pasti sedap...

CHOCOLATE CAKE lagi....

Minggu ni saya berpeluang
merembat kereta ofis..hehehee..bukan ape, sebab
kereta saya masuk workshop..
ntah lah maybe dop la seminggu dua kat situ..
so, dalam masa xda kereta ni saya pon rembat lah kereta ofis..
kebetulan xda siapa nak guna melainkan ada urusan kerja..
so masa balik saya ambik kakak saya kat JHAEIK dulu..
emm..so kakak saya berceritalah..
tung tang tung tang bercerita so saya jawablah..
ok...
hehehe..xfaham ye...
dia minta saya buat Black And White Russian Cheese Chocolate Cake..
Katanya staff ofis nak order untuk majlis perpisahan untuk dia dan rakan2 Praktikum 
yang nak tamat da. Dia habis praktikum 1 jun, so khamis ni adalah waktu sepatutnya sbb
kakak saya orang yang paling awal akan tamat tempoh kerja praktikumnya..
tapi saya xdan masa nak buat..
so Chocolate Cake je saya mampu buat...
alhamdulillah....setelah setengah jam buat..
jadilah kek ni...Kakak bantu saya ayak serbuk koko dan gandum...
nak resepi???
ok...jom kita layan resepinya..
saya pakai loyang size 8

 5 biji telur - xtau gred ape..
1 1/2 cawan gula
1 1/2 susu pekat
1/2 susu cair
1 1/2 cawan serbuk koko - nak letak 2 cawan pon boleh
4 cawan gandum
1 1/2  air panas
1/2 cawan minyak panas
1 sk penaik
1 sk soda bikarbonat
1 sk esen vanilla
sedikit garam

cara membuat..

  • Ayak tepung gandum bersama dengan penaik, serbuk koko,soda bikarbonat dan garam..
  • dalam mangkuk lain, satukan telur dan gula - mixer sampai kembang..
  • nak tau kembang tu tengok seperti telur tersebut masuk udara atau berbuih..
  • gunakan spatula/senduk kayu untuk ratakan gula di dalam telur..
  • masukkan esen vanilla..
  • masukkan susu pekat dan susu cair..mixer kan ye...
  • masukkan tepung yang sudah di ayak tadi dan gaul sebati..
  • masukkan air panas...*bagi yang 1st time buat kek, make sure adunan anda tidak pekat..kalau pekat boleh tambah 1/2 cawan lagi air panas dan tambah kuantiti minyak..kalau nak tau kecairan di akhir adunan tu try tengok kecairan pada telur ayam yang anda gunakan..sebab saya selalu guna telur ayam yang telur putih di dalamnya sedikit cair jadi banyak air yang dikeluarkan dari telur tersebut. Maka adunan anda akan sedikit cair di akhirnya...Kerana tu saya kurangkan kuantiti air panas dan minyak..
  • Lastly, campurkan minyak.. Gaul sebati..
  • ambik loyang dan tuangkan dalam loyang adunan tadi.Pastikan anda terlebih dahulu meletakkan sedikit minyak dan griskan keseluruhan loyang tersebut. Kaedah ini boleh menyenangkan mengeluarkan kek nanti..pastu panaskan air panas. INSYAALLAH dalam 1 jam 30 akan masak kek ni.. 
  • Pengukus hendaklah di panas lebih awal agar bila adunan siap di adunkan boleh terus di letak di atas kukusan - *Jangan lupa taruk air lebih sikit..kalo kurang air dalam pengukus tu make sure gunakan air panas juga untuk taruk dalam air pengukus tu ye..
Taraaaa.............


nahhhh..nilah rupanya kek selepas di angkat dari kukusan..
pastu jom siram ganache pulak..

Cara membuat Ganache :
sedikit coklat bar
4 sudu serbuk koko
4 sudu susu pekat
4 sudu susu cair
sedikit butter - nak guna minyak pon boleh..

  • gunakan kaedah double boil..
  • campurkan semua bahan..
  • gaul sebati.. pastu bila nampak ganache dah berkilat boleh angkat..
  • tuangkan di atas kek

ni lah rupanya lepas di sirami dengan ganache..
yummy2...boleh makan da...

*hik3..kami xleh makan sebab bagi kat akak untuk majlis dia...
selamat mencuba dan menjamu selera..